Solat Sunnat
Istikharah
Solat ini
dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan
memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul
keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu
perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin
terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada
kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang
demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum
seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan
mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik.
Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah
solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali
berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu
daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa.
Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik
dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa
kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang
tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang
tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan
dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara
Shalat Istikharah
Tata cara solat
istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan,
iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah
bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi,
supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini
sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak
memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli
Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku
sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah
Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah
Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam,
bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa
sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah
s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai
solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni
astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal
azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta
allaamul ghuyuub.
Allaahumma
inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa
‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma
baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa
ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni
‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli
syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku
memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan
yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha
Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah
hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang
tersembunyi.
Ya Allah, jika
hal ini (***)
dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada
kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku
kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika
dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi
agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa
akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau
takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap
sesuatu.
"Ya Allah aku memohon pilihan
kepada-Mu dengan ilmuMu dan memohon kemampuan dengan kekuasaan-Mu dan aku
memohon karunia-Mu yang Agung. Karena Engkau Maha Mampu sedang aku tidak mampu,
Engkau Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui, Engkaulah yang Maha
Mengetahui perkara yang gaib. Ya Allah bila Engkau mengetahui bahwa urusan ini
baik untukku, bagi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku ini -atau beliau
bersabda: di waktu dekat atau di masa nanti- maka takdirkanlah buatku dan
mudahkanlah kemudian berikanlah berkah padanya. Namun sebaliknya ya Allah, bila
Engkau mengetahui bahwa urusan ini buruk untukku, bagi agamaku, kehidupanku dan
kesudahan urusanku ini -atau beliau bersabda: di waktu dekat atau di masa
nanti- maka jauhkanlah urusan dariku dan jauhkanlah aku darinya. Dan
tetapkanlah buatku urusan yang baik saja dimanapun adanya kemudian jadikanlah
aku ridha dengan ketetapan-Mu itu”. Beliau bersabda: “Dia sebutkan urusan yang
sedang diminta pilihannya itu."
(HR. Al-Bukhari no. 1162)
(HR. Al-Bukhari no. 1162)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar